
Anonymous
5 tahun
Berak berdarah selama 4 hari berturut
Hi dr. Saya seorang wanita berusia 21 tahun. Saya dari hari isnin berak berdarah. Banyak dr. Macam mana ye? Saya memangg Ada buasir tapi dah ikat tahun lepas. Lately ni macam teruk sampaikan saya terlalu sakit takboleh tidur malam dah saya susah untuk berjalan. Boleh dr bagi pandangan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala najis berdarah yang anda alami:
- Buasir yang anda alami semakin teruk
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.