
Sulit
3 tahun
Berak berwarna hijau sekali dan harini berak warna hitam campur ketulan warna kuning
Anak saya 1thn 3bln hari ini cucuk. Selepas cucuk baby meragam menangis teruk sangat, adakah normal? Kedua, najis anak saya sekali ada warna hijau dan ada sekali najis berwarna hitam campur ketulan tahi warna kuning. Anak aktif, mkn ok, bf. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda supaya kami dapat memberi nasihat yang tepat. Jawapan ini adalah secara umum.
Untuk makluman anda, sememangnya kanak-kanak senang menangis apabila mereka berada dalam kesakitan atau takut. Namun, anda perlu risau sekiranya anak anda tidak berhenti menangis, tiada selera makan atau mempunyai gejala seperti demam panas, kesusahan bernafas atau muntah.
Najis kanak-kanak yang kecil memang biasanya berwarna hijau, kuning atau coklat, tetapi ada kalanya ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti demam kuning.
Sila hubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kanak-kanak.