
hafiqz_meow848
5 tahun
Berak cair berterusan
Saya OKU masalah pembelajaran berumur 26 tahun amat buntu untuk melihat perut ini sihat semula.Perkara ini sudah berlaku sejak krismas.Dah pergi
Kilnik dua Kali.Doktor bagi ubat Charcoal Activated.Ambil satu biji,tiga Kali sehari.Saya kadang-kadang Tak adalah kerap sakit cirit birit berak cair.Tapi dua Hari Saya berak cair,lepas dua Hari keadaan okey,tapi lepas okey,Saya harap berak kembali normal.Tapi bila ubat yang doktor bagi memang Ada positif kerana kena ikut saranan ubat yang diberi.Berak normal Ada keluar kembali,tapi berak cair datang balik malah lebih daripada berak normal.Adakah Saya Tak ikut saranan doktor supaya kerap makan ubat yang di beri,atau Ada angin di dalam perut saya disebabkan menikmati makanan atau minuman yang boleh memudaratkan perut saya.Dan Cara membersihkan bahagian bontot Saya terlalu kerap masuk air atau sabun.Macam Mana Saya nak hentikan masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mencegahnya:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.