
Sulit
3 tahun
Berak cair dan berwarna hitam
Saya nak tanye saya baru je berak cair berwarna hitam… bole saya tau masalah penyakit saya tak doctor… sebelom ni saya pernah kena bedah krn kebocoran usus… bole saya tau ubat ap yg saya bole ambil untok pulih kan balik

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mempunyai gejala berak cair dan berwarna hitam. Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Disebabkan oleh pemakanan
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
Namun gejala yang anda alami juga boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti:
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.