
Sulit
4 tahun
Berak cair kuning berminyakk
Saya berumur 27 . Saya baru diet dalam masa 3 lepas tu saya mengalami sakit perut berak cair kuning. Ada itu normal bagi orang diet?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang najis.
Untuk makluman pihak anda, najis cair berlendir ini adalah normal samada anda sedang diet atau tidak dan sekiranya gejala najis cair ini tidak melebihi 3 kali sehari.
Kalau gejala ini berlaku melebihi 3 kali sehari, anda mungkin mengalami cirit-birit akibat:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.