
Sulit
4 tahun
Berak cair warna hitam
Saya lelaki 27. Saya mengalami berak cair hitam. Saya tak ada rasa sakit perut. Apa punca berak cair hitam ni

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, najis yang berwarna hitam gelap “black tarry stool” merupakan salah satu gejala yang boleh disebabkan oleh pendarahan di dalam perut yang boleh menandakan masalah seperti:
- Ulser perut yang kronik
- Pendarahan oesophageal varices
- Kanser perut atau kanser usus
Namun begitu, kadang kala pengambilan makanan tertentu juga boleh menyebabkan warna najis menjadi gelap.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.