
Anonymous
5 tahun
Berak mengeluarkan darah
selamat petang doktor , saya berumur 20 tahun . sejak kebelakangan ni saya tidak berapa sihat sehingga hari ni , semasa saya membuang saya mendapati dubur saya keluar darah cair dan darah lendir warna merah terang. saya sering rasa mual dan sakit perut , boleh doktor terangkan masalah yang saya sedang hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
-Luka akibat sembelit
-Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
-Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
-Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
-Radang usus
-Kanser kolorektal
-Radang usus
-Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.