
Sulit
4 tahun
Berak najis berwarna hijau selepas minum air lemon 3 hari berturut-turut
saya lelaki berusia 30tahun pada tahun ni…saya baru cuba petua untuk mengempiskan perut dengan meminum air lemon…baru sebentar tadi saya buang air besar dengan najis berwarna hijau…adakah itu normal @ ada sebarang masalah kesihatan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit perut dan najis berwarna hijau ini boleh disebabkan oleh masalah penghadaman yang tengah berlaku pada usus dan perut anda. Gejala najis berwarna hijau tanpa simptom lain seperti sakit perut boleh disebabkan oleh perkara biasa seperti cirit-birit, tumbuhan hijau, pewarna makanan dan juga makanan tambahan besi (iron).
Namun, berdasarkan situasi anda, kemungkinan masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh jangkitan kuman, khususnya Salmonella dan Giardia . Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan pendapat mereka serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi situasi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.