
Sulit
3 tahun
Berak najis lembik dan hancur halus bersaiz jari telunjuk
Saya lelaki berumur 19 tahun saya berak tiap pagi sekali sehari tetapi kadang kadang najis normal kadang kadang cair harini najis itu berbentuk cair dan lembik berbatang kecil saiz nya seperti jari telunjuk dan pecah pecah dan dia mudah keluar apa penyebab najis hancur dan kecil ni doktor

3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Ketidakselesaan akibat sakit perut sememangnya mengganggu, justeru, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Keracunan makanan - sering diiringi gejala tambahan seperti mual muntah
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus - seperti irritable bowel syndrome (IBS) yang sering dikaitkan dengan masalah mood (stress)
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mencegahnya:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih