
myllaqa
5 tahun
Berak warna hitam macam tar jalan
hi doc,sy nak tau kalau ade gastrik yg dh agak lama and then 1 day tu sy berak warna hitam 3 hari berturut turut.mmg warna hitam mcm warna rambut n mcm tar tu.at the same time sy skt perut yg agak bisa rasanya…sy nak tau adakah sy tergolong dalam gastrik level teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, najis yang berwarna hitam gelap “black tarry stool” merupakan salah satu gejala yang boleh disebabkan oleh pendarahan di dalam perut yang boleh menandakan masalah seperti:
- Ulser perut yang kronik
- Pendarahan oesophageal varices
- Kanser perut atau kanser usus
Namun begitu, kadang kala pengambilan makanan tertentu juga boleh menyebabkan warna najis menjadi gelap. Memandangkan anda mempunyai masalah gastrik dan mengalami gejala sakit perut, anda amat disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan lanjut berkaitan gejala anda ini agar sebarang masalah serius dapat ditangani dengan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.