
Sulit
4 tahun
Berapa lama masa akan di ambil utk tahu keputusan swab test yg kedua
Selamat sejahtera doc, saya adalah contact rapat, housemate saya positive covid, msa ujian ptama saya negative dan skg masih mnunggu utk jwapan ujian kdua plak, bpe lama lg sya kna kuarantin dan bla gelang pink akan dpotong.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, keputusan swab selalunya mengambil masa dalam 38 jam. Akan tetapi, tempoh ini boleh menjadi lebih lama sekiranya ramai yang menjalani ujian tersebut. Untuk tempoh kuarantin kepada kontak rapat atau pengembara, yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini ialah selama 10 hari. Anda diminta untuk mengikuti arahan daripada pihak berwajib tentang pemotongan gelang pink anda.
Kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini