
Sulit
4 tahun
Berasa mahu kencing lagi selepas kencing
saya budak perempuan umur 15 tahun, saya berasa mahu kencing lagi selepas saya dah kencing, apabila saya dah habis kencing saya rasa sakit dan tidak selesa sampaikan saya nangis

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- Kencing manis
- Kehamilan (perempuan)
- Masalah prostat (lelaki)
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
- Kanser pundi kencing
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.