
syeikharief71
6 tahun
Berasa pedih ketika kencing
Saya lelaki berumur 20an telah mengalami kencing pedih sudah 2minggu lalu. Dan mengalami gonorrhea . Ade lelehan nanah keluar pada saluran kencing. Bantu saya utk cegah gonorrhea dan mahu dapatkan ubat.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, hanya doktor boleh mendiagnosis penyakit STD seperti gonorea. Doktor memerlukan informasi peribadi mengenai sejarah seks anda serta melakukan ujian tertentu. Adalah sangat penting untuk bersikap jujur supaya anda boleh mendapatkan bantuan.
Susulan daripada itu doktor akan merancang jenis rawatan yang diperlukan.
Gonorea boleh dirawat dengan:
- suntikan ceftriaxone (Rocephin) pada lengan tangan
- cefixime (Suprax) sejenis ubat makan.
- Antibiotik lain juga boleh digunakan.
Bagaimanapun anda tidak boleh mendapatkan ubatan ini daripada farmasi kerana ubatan sebegini memerlukan preskripsi doktor.
Saya sarankan anda untuk terus berhubung dengan doktor kami di talian untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ubatan juga boleh terus dihantar ke alamat anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.