Sulit

4 tahun

Berasa tak selesa antara hidung dan tekak

Saya wanita lingkungan 25. Dulu saya heavy smoker. Tapi sekarang saya dah kurang dan hanya hisap pod (vape). Saya berasa tidak selesa antara hidung dan tekak. Ni dah masuk 2 hari. Memandangkan sekarang musim pandemik Covid-19 ni, dengan angka kes yg tersangat menakutkan, saya jadi resah bila fikir. Soalan saya, adakah keadaan tu ada bersangkut dgn covid-19? Apa perlu saya lakukan? Perlu ke saya buat RTK/PCR? Kalau perlu, yg mana lebih patut saya buat? Tolong saya doktor. Terima kasih.

Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai rasa tidak selesa antara hidung dan tekak yang anda hadapi, serta anda bimbang jika keadaan ini bersangkut paut dengan jangkitan COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, sekiranya anda merupakan kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19 atau anda memiliki gejala/simptom COVID-19, anda dikehendaki untuk menjalani ujian saringan. Kedua-dua ujian saringan (RTK dan RT-PCR) adalah mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengesan sama ada anda dijangkiti virus ataupun tidak, namun, seringkali PCR menjadi gold standard.

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Bagaimanapun, simptom adalah berbeza setiap individu. Tidak kurang juga, masalah sedemikian boleh diakibatkan pelbagai masalah lain yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor , seperti:

  • Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
  • Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
  • Radang tonsil
  • Jangkitan dan batu tonsil
  • Luka pada tekak

Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.

Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
cov

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)