
Sulit
4 tahun
Berasa tidak selisa tekak, seakan akan ada pressure atau berkahak
Saya lelaki berumur 22 tahun, saya sudah membuat endoskopi melalui mulut. Saya disahkan menghadapi gerd, radang esofagus dan hiatal hernia grade III. Soalan saya, adakah rasa tidak selesa tekak, seakan akan ada pressure atau rasa mcm berkahak itu punca daripada gerd? Kadang-kadang saya berasa nausea dan muntah angin. Adakah dengan minum gaviscon dapat melegakan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak selesa pada tekak. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada penyakit GERD yang anda hadapi. GERD adalah singkatan untuk gastroesophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya, refluks asid. GERD terjadi kerana sel parietal yang terdapat di dalam perut merembeskan asid terlalu banyak pada suatu masa dan ini dapat menimbulkan gejala atau simptom seperti muntah-muntah, loya dan rasa masam atau sesuatu di tekak.
Tidak kurang juga, masalah ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.