
Sulit
3 tahun
Berasa tidak sihat seharian selepas suntikan vaksin sinovac
saya berasa tidak sihat selepas ambil vaksin sinovac,perlukah ambil ubat paracetamol?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19 dan ingin tahu sama ada boleh atau tidak mengambil ubat jenis paracetamol selepas penerimaan vaksin. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin COVID-19 adalah normal terutama setelah anda menerima suntikan. Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Akan tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif. Hal ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.
Mengenai pengambilan ubat jenis paracetamol, menurut Centres of Disease Control and Prevention (CDC), pengambilan setelah suntikan, atas arahan doktor untuk mengurangi gejala kesan sampingan, adalah dibolehkan. Kesan sampingan suntikan kebiasaannya hanya sementara iaitu beberapa hari untuk sembuh dan hilang.
Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini