
Sulit
3 tahun
Bercak darah pada mata putih bayi
hai… saya wanita 30tahun,saya baru melahirkan bayi… bayi saya berusi 2 bulan… hari nie saya nampak mata bayi saya ada bercak darah pada mata putihnya sebelah kiri…saya risau jika berlaku sesuatu yang serius… bercak darah pada mata putih seperti terkena sesuatu… matanya tidak merah dan tidak berair, cuma ada kesan bercak darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa tanda kecemasan jika risau bahawa darah pada mata kanak-kanak menunjukkan perkara serius. Antara tanda-tandanya adalah:
- Terdapat nanah atau cecair keluar dari mata
- Mata merah sepenuhnya dan tiada kesan putih
- Demam
- Aktiviti anak anda tidak seperti selalu.
- Bayi nangis tanpa henti
Kesan tompok merah yang sedikit pada putih mata juga boleh menjadi perkara biasa dan tidak serius.
Kami sarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.