
Sulit
4 tahun
Berdarah spt haid ketika mengandung selama 5 hari (mhkn akan lbh)
saya mengandung dengan kiraan 8 minggu sudah sekarang , tapi Sabtu lpas i ada pendarahan spt datang haid wpun xbanyak( guna pantie liner xckup,pkai tuala wanita xjuga byk and berlarutan sampai sekarang…sya tidak mengalami sakit perut atau sakit pinggang, mmg xda sakit…tapi adakah ia normal masih berlarutan sampai skrg,Rabu (5 hari )?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama kehamilan, iaitu:
- keguguran
- kehamilan ektopik
Saya nasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih