
Sulit
3 tahun
Berdebar-debar secara tiba-tiba, ketat di dada dan hilang fokus
Saya seorang perempuan yang berumur 19 tahun. Pada bulan 5 yang lalu, saya perasan saya akan berdebar-debar secara tiba-tiba walaupun tak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Mula-mula saya ingat mungkin perkara tu berlaku sebab berat badan dah naik. Oleh yang demikian, saya ignore ja bila berdebar itu berlaku lagi. Namun, pada satu hari minggu lepas tiba-tiba saya berdebar sekali rasa dada macam sesak dihempap sesuatu. Saya masih boleh bernafas cuma kurang selesa kerana rasa ketat di dada. Perkara ini berlarutan seharian. Selain itu, sekarang ni saya dapat mengenal pasti saya ada masalah fokus dalam pembelajaran ketika membaca, menulis dan mendengar. Adakah perkara yang saya alami ini, disebabkan oleh masalah dari segi mental ? atau disebabkan perkara lain? Terima kasih doktor kerana sudi menjawab, semoga doktor sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Senaman berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Kebimbangan
- Ketakutan
- Panik
- Dehidrasi
- Penyakit jantung
- Aritmia (arrhythmia), atau irama jantung tidak teratur
- Injap jantung yang tidak normal
- Merokok
Untuk amsalah fokus dalam pembelajaran, ia boleh merupakan kesan sampingan daripada masalah-masalah yang telah saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!