Sulit
2 tahun
Berdebar2 semasa mengandung
Sy berumur 25 thun. Ini kali kedua sy mengandung. Sy mengandung dlm 4 bulan. Sy ad beli folic acid tpi dh stop sbb sejk sy mkn sy sering berdebar2. Adkah itu tk sesuai dgn sy. Boleh syor kn tak vitamin ap sy blh amik msa mengandung . Semasa mengandung ank pertama sy mempunyai masalh.hb rendah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit Cushing (lebihan steroid badan)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.