Sulit
2 tahun
Berdenyut sekali sekala di bahagian belakang telinga
Saya lelaki berusia 54 tahun. Bahagian belakang telinga saya terasa berdenyut yang kuat hinggakan terdapat expressi pada wajah akibat sakitnya. Denyutan ini bukan dalam selang masa yang tetap. Bila saya gosok/picit pada bahagian yang sakit, tak ada bahagian yang yang betul-betul sakit. Kalau ada pun rasa sakit apabila tersentuh sahaja. Lepas tu, temapat yang rasa sakit tak sakit lagi. Apabila terus gosok/picit rasa sakit tu timbul sekali-sekala. Sakit denyutan tetap ada. Apabila saya sapu balm, denyutan jadi jarang berlaku. Tapi tak menyembuhkan.
Kesakitan yang dipicit ini sama seperti, rasa sakit pada kulit kepala apabila disentuh dengan sikat. Sakit ni jarang berlaku.
Untuk pengetahuan doktor, saya tak boleh ambil panadol atau ubat tahan sakit. Saya pun sangat jarang demam.
Ketika ini saya menggunakan dua jenis ubat nasal spray untuk melegakan hidung tersumbat.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman berulang di telinga
- inflamasi telinga tengah
- gangguan gegendang telinga
- atau gejala yang lebih serius misalnya
- gangguan pada kawasan tulang mastoid
- gangguan vaskular
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kedalam lubang telinga
- jangan cuba membeli mana-mana ubat tetesan atau pil tanpa pengetahuan doktor
- makan ubat demam sekiranya demam kembali
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.