
Sulit
4 tahun
Berhubungan seks semasa lepas fasa subur
Saya nak tanya. Adakah kebarangkali akan hamil sekiranya melakukan hubungan seks diambang lepas tamat fasa subur… adakah kebarangkalinya mempunyai risiko tinggi untuk hamil.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke 12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haidbagi sesiapa yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur dan nasihat doktor diperlukan.
Terdapat juga beberapa cara untuk mengenal pasti Tarikh subur iaitu:
- Mengunakan perhitungan hari secara manual
- Penghasilan keputihan yang banyak pada waktu kesuburan
Namun sekiranya hubungan seksual berlaku bukan pada waktu ovulasi, tidak semestinya kehamilan tidak boleh berlaku, masih ada peluang untuk kehamilan berlaku.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.