
Sulit
4 tahun
Berisiko tinggi atau rendah
Hai doc, saya nak tnya adakah berisiko tinggi untuk hamil sekiranya melakukan seks tanpa memasuki alat sulit ke dalam faraj wanita dan tanpa ada cecair yg keluar di bahagian alat sulit lelaki? Tetapi alat sulit lelaki hanya terkena di bahagian luar faraj sahaja. Adakah berisiko tinggi atau rendah untuk seseorang wanita itu hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku sekiranya ada persenyawaan antara ovum/sel telur wanita dan sperma lelaki, dimana berkemungkinan besar terjadi pada hubungan seksual tanpa perlindungan. Walaupun potensi untuk hamil jika ejakulasi tidak dilakukan ke dalam kemaluan wanita adalah rendah, akan tetapi, perkara yang membimbangkan adalah air mani yang mungkin boleh berada pada kemaluan wanita. Namun, jika diyakini tiada cecair daripada lelaki semasa berhubungan, kemungkinan risiko hamil adalah rendah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih