
Sulit
4 tahun
Berkaitan covid19. Tiada gejala balik dari cyberjaya dan tidak buat saringan. Buat kuarantin di rumah arahan pejabat
Assalamualaikum / salam sejahtera
Saya nazli ingin bertanya adakah perlu untuk saya membuat pemeriksaan covid / swab test di kk biarpun saya tidak mempunyai sebarang gejala tetapi ada sejarah hadir di cyberjaya pada 11hb - 17hb okt 2020 kerana mengikuti sesi pembelajaran sistem.
Untuk pengetahuan pihak doktor, pejabat sy telah arahkan untuk sy kuarantin di rumah selama 14 hari dan sejak arahan itu bermula 18hb okt. saya hanya duduk dirumah krn patuh pd arahan. Smasa kuarantin sy tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak terfikir utk buat test kerana alhamdulillah sihat
Soalan:
Adakah masih perlu untuk sy bt test covid biarpun tiada gejala?
Sekiranya tidak perlu. Bolehkah esoknya saya masuk bekerja atau habiskan cuti kuarantin 14 hari yang diarah pihak pejabat?
Mohon penerangan dr pihak doktor. Sekian,terima kasih
Nota:
Info yg dpt dr web kkm
Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 gejala berikut :
Demam
Sakit kepala
Hidung tersumbat
Selesema
Sakit tekak
Muntah atau loya
Menggigil
Kelesuan
Kejang Otot
Cirit birit
atau
Salah satu daripada gejala berikut :
Batuk
Sesak nafas
Sukar bernafas
Tiba-tiba hilang deria bau
Tiba-tiba hilang deria rasa
DAN anda
Pernah kunjungi ke kawasan kluster COVID-19 dalam masa 14 hari
ATAU Pernah kunjungi zon merah COVID-19 dalam masa 14 hari
ATAU Pernah kunjungi / pulang dari luar negara dalam masa 14 hari
ATAU Mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari
Jangan berlengah lagi Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.
#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID memandangkan anda pernah berkunjung ke lokasi berisiko jangkitan. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Walaubagaimanapun, memandangkan anda tidak memiliki sebarang gejala dan telah kuarantin di rumah selama 14 hari, anda boleh dikategorikan sebagai bebas dari jangkitan covid 19. Oleh itu, tiada masalah untuk anda masuk kerja sekiranya menerima arahan dari pejabat.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal ) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini