
adahuys
5 tahun
Berkenaan artikel Kepentingan asid folik (Folic Acid) untuk kesuburan dan kehamilan
Dalam artikel, dinyatakan keperluan pengambilan asid folik adalah 400g sehari? Bukan ke 400 mg sehari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terima kasih atas makluman anda. Pengambilan asid folic yang disarankan adalah 400mcg setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda hamil, dan setiap hari semasa mengandung. Mengenai artikel tersebut, sekiranya ia dari website kami, kami akan memperbetulkannya secepat mungkin.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.