Sulit
3 tahun
Berkenaan dengan tonsil
Salam sejahtera,saya merupakan lekaki yg berumur 21 tahun, setelah saya membuat rawatan Dr, Dr mengesahkan saya mempunyai tonsil dan sudah 3 minggu saya menahan dengan tonsil ini, soalan saya tonsil mengambil masa yg lama juga ke untuk pulihkan smula dan saya risau dengan masalah ini dan apa yang patut saya ubati untuk cepat sembuh? Ini kli pertama saya ada tonsil setelah demam 2hari.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tonsilitis ataupun keradangan tonsil mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh. Namun begitu, jika melebihi 2 minggu, ia dipanggil tonsilitis chronic di mana keradangan tonsil anda dalam keadaan teruk. Chronic tonsilitis berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang boleh melawan antibiotik.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.