Sulit
3 tahun
Berkongsi rumah dengan individu tidak bergejala covid19
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Suami saya mempunyai rumah pangsa lain yang dibeli dan tidak disewakan. Pada setiap hari minggu suami akan tidur di rumah itu berseorangan dan kadangkala bersama anak angkatnya dengan berkongsi katil dan bilik air. Anak angkatnya datang dari keluarga lain dan rumah lain. Anak angkat tersebut tidak mempunyai simptom dan sihat. Pertanyaan saya ialah adakah merbahaya dan boleh dijangkiti covid19 kalau suami pulang semula ke rumah kami dan tidur bersama saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Setiap individu mempunyai risiko jangkitan sekiranya berkontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19. Oleh itu, sekiranya anak angkat suami anda tiada simptom atau berisiko tinggi untuk COVID-19, maka kemungkinan suami anda dan anda sekeluarga mendapat jangkitan virus ini daripada anak angkat suami anda adalah rendah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini