
Sulit
5 tahun
Bermula dgn sakit tekak, kini batuk. Badan berangin
Saya berumur 33 tahun. Tiada sejarah ke negara bahaya covid. Tiada pertemuan dgn person confirm +ve covid yg diketahui. Saya pulang ke kelantan untuk majlis perkahwinan saudara pada hari Sabtu . Hanya bersalaman bersama pakcik dan makcik rapat. Pulang semula malam ahad. Hanya duduk dgn org mempunyai batuk ketika penerbangan pergi ke Kelantan, tetapi org itu memakai mask dan saya juga memakai mask. Isnin dan Selasa mula berkerja(berkursus) duduk di belakang seorg yg batuk ringan dan makan disebelah org batuk tanpa sengaja. Sakit tekak ringan bermula pada hari Selasa. Bertambah sakit sehingga hari Jumaat. Mula batuk ringan. Suhu badan diambil hari hari dari mula sakit kerongkong. Suhu badan tidak pernah melebihi 37.5. Badan sedikit berangin tetapi dlm proses makan ubat zocol 150 utk membuang kulat. Tanda-tanda ini memberi kerisauan kepada sy. Adakah sy perlu menjalani proses screening covid.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini