
Sulit
4 tahun
Bersama 10 hari sebelum haid, kemudian haid datang seperi biasa
Saya ada bersama tapi tidak ada sebarang penetrasi pada 8/3 haid saya datang macam biasa pada 20/3. adakah saya ada peluang untuk hamil? atau takde mustahil kemungkinan itu berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Berdasarkan kenyataan anda, adalah mustahil untuk seseorang untuk hamil tanpa penetrasi dilakukan dan air mani dilepaskan ke dalam faraj. Sekiranya anda datang haid selepas berhubungan, ia menandakan tiada persenyawaan telur berlaku dan kehamilan tidak terjadi.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda masih ragu-ragu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.