
Anonymous
6 tahun
Bersama suami diawal kehamilan
Saya seorang wanita Dan dah berkahwin serta hamil beberapa minggu bolehkah saya bersama suami diawal kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, hubungan seksual ketika hamil adalah selamat bagi wanita yang tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung. Namun begitu, sekiranya terdapat risiko seperti keguguran, masalah posisi uri dan masalah-masalah lain yang menyebabkan kehamilan berisiko, anda mungkin memerlukan rujukan bagi menentukan sama ada hubungan seksual boleh dilakukan tanpa menjejaskan kandungan.
Oleh itu, anda boleh merujuk perkara ini dengan lebih lanjut bagi mendapatkan jawapan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.