
zaicinta
5 tahun
Beza mc dan medical checkup
Sy ada mc 12 ari dr 1.1 19 hgga kini kecuali 6 ari akibat lutut sakit(jatuh),majikan telah memberi arahan utk buat medical checkup pathlab…dan apabila result keluar majikan memberi amaran supaya sy tidak mc lg utk sepnjang tahun ini kerana result drh sy ok,utk pengetahuan doktor lutut sy masih sakit tp sy terpaksa hadir ke tmpat keje diatas amaran yg majikan bg

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Kenaikan darah putih selalunya bermaksud anda mungkin mempunyai jangkitan. Oleh itu punca jangkitan perlu diketahui.
Namun begitu, ketiadaan perubahan darah tidak bermakna tiada keradangan. Antara punca sakit lutut:
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Terseliuh otot atau trauma pada otot
- Ligamen di lutut koyak
- Darah beku dalam lutut selepas trauma
Anda mungkin boleh meminta preskripsi ubat tahan sakit daripada doktor atau pihak farmasi sementara menunggu waktu yang bersesuaian untuk temu janji perubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang sebarang jenis ubat tahan sakit, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.