
Sulit
4 tahun
Beza pendarahan awal hamil dan period
Sy bersama suami pada hari rabu lepas iaitu bukan pada waktu subur, tiba-tiba pada hari ahad iaitu semalam, sy mengalami pendarahan. Period seterusnya dijadualkan pada hari rabu nnti. Adakah ini hanya darah period atau pendarahan di awal hamil? Kerana ujian hamil adalah negetif. Kuantiti darah adalah sikit sangat berbeza dengan darah period sy yang normal. Tetapi bau dan warna seakan darah period. Sy seorang yang mempunyai masalah senggugut yang teruk, selalu bergantung pada pain killer. Terkadang untuk kes kecemasan ada juga mengambil ubat postinor. Merancang keluarga amat penting bagi saya dan suami pada waktu ini. Sy harap doc dapat membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk maklumat anda, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 ke 34 hari dan tempoh alirannya pula di antara 2 ke 7 hari. Kami tidak dapat memberikan kata putus sama ada ia berpunca daripada implantasi ataupun haid kerana ia memerlukan pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan kenyataan anda berkenaan ujian UPT negatif, ia juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Anda hamil tetapi hormon yang dihasilkan adalah terlalu rendah untuk dibaca oleh kit UPT
- Salah cara guna kit UPT
- Kit UPT yang telah luput
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda untuk merekodkan pendarahan anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor.
Masalah senggugut pula boleh berpunca daripada:
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Penyakit kelamin
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu. Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi. Terima kasih.