Anonymous
4 tahun
Bibir koyak kulit tanpa sedar
Saya lelaki berusia 34 tahun dan menghadapi masalah bibir yang keadaan seperti koyak kulit sehingga menampakkan isi bibir yg merah itu sejak seminggu lepas. Keadaan ini bermula di bahagian kanan bibir atas dan bawah dan ia bermula hanya sedikit sahaja dari hujung bibir kanan. Tetapi kini semakin merebak sehingga 25% bahagian bibir bawah dan 15% bahagian bibir atas daripada keseluruhan bahagian bibir dari kiri ke kanan. Rasa sakit sedikit pada bahagian bibir yg seperti koyak kulit tu sehingga platlet mengeraskan bahgian yg terdedah itu. Kerana saya selalu solat maka bibir tidak dpt kering dalam masa yang panjang kecuali masa tidur. Sekarang saya menggunakan lip balm kerana dicadangkan oleh staff watson. Mohon pendapat tuan atau puan doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah bibir luka ini boleh disebabkan seperti:
- Kurang vitamin B dan C
- Penyakit Radang Usus
- Dehidrasi - kurang minum air kosong
- Jangkitan kuman pada kulit - seperti herpes
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.