
Sulit
4 tahun
Biji kecil bawah mata
saya wanita berumur 15tahun . bawah mata saya ada biji kecil idk milia or bukan but kecil dan hanya sebiji di bawah mata. adakah ia milia? sebab terjadinya milia apa ye doktor? macam mana cara nak hilangkan milia?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, milia adalah gelumbungan kecil yang boleh dijumpai pada bahagian hidung, bawah mata, pipi dan bibir. Ia juga boleh dijumpai lebih daripada satu di bahagian yang sama. Milia tiada simptom kesakitan ataupun kegatalan. Milia terjadi apabila keratin terperangkap di bawah permukaan kulit. Milia boleh berpunca daripada kecederaan pada kulit, kesan ubat topikal atau prosedur kosmetik.
Antara cara untuk hilankan ialah:
- membersihkan muka guna sabun yang sensitif pada kulit
- bersihkan muka mengunakan exfoliator
- memakai sunscreen
- menggunakan retinoid topikal yang dihasil daripada vitamin A
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang milia oleh itu dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.