
Sulit
3 tahun
Biji kecil di bahagian hujung mata
Saya perempuan berumur 19 tahun. Saya ingin bertanya sesuatu mengenai mata. Di hujung mata kiri di bahagian lacrimal caruncle,terdapat biji berwarna putih dan tidak berapa besar dan tidak berapa kecil tetapi tidak rasa sakit. Adakah ianya cyst atau boleh membawa bahaya? dan apa rawatan yang diperlukan.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Bintik bitot
- Pterigium
- Pseudoterigium
- Pinguekula
Antara cara untuk hilangkan ialah:
- membersihkan muka guna sabun yang sensitif pada kulit
- bersihkan muka mengunakan exfoliator
- memakai sunscreen
- menggunakan retinoid topikal yang dihasil daripada vitamin A
Walaubagaimanapun, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.