
Anonymous
2 tahun
Biji kelenjar di leher bengkak
Hi doktor, saya perempuan umur 27 tahun. Saya rasa dekat leherbsaya bawah rahang belah kiri mcm ada ketulan tapi xboleh lihat hanya boleh rasa, dekat pipi bahagian jaw saya mcm ada urat yg boleh bergerak atas bawah. Saya ada masalah belikat kiri dan bahu kiri yg sakit. Tapi kenapa ada ketulan dekat leher. Mula satu biji, sekarang 2 biji limpyh node dekat leher bawah rahang yg bebgkak xboleh dilihat dengan mata kasar tapi dapat dirasai. Saya nk minta pendapat dojtor, kenapa jadi macam ni ye? Saya xnk jmpe doktor tapi doktor cakap tak ada pape. Saya kena tahu ape masalah sy before jmpe doktor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kelenjar bengkak adalah:
- sering disebabkan oleh jangkitan kuman dan menyebabkan selesema, radang tonsil dan jangkitan telinga atau tekak
- jarang ia disebabkan oleh apa-apa yang lebih serius, seperti kanser sistem darah (leukemia) atau sistem limfa (limfoma)
- Jika anda berjumpa dengan doktor, mereka akan mencadangkan rawatan bergantung kepada punca, jika ada mempunyai masalah bakteria, doktor mungkin akan beri antibiotik.
Terdapat beberapa sebab kelenjar bengkak disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria seperti:
- Selesema
- Radang tonsil
- Penyakit Tuberkulosis atau batuk kering
- Gusi bernanah
Kelenjar pada bahagian berkenaan selalunya akan merasa sakit. Anda juga mungkin mempunyai gejala tambahan, seperti sakit tekak, batuk, atau demam.
Jangkitan ini biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan, dan kelenjar yang bengkak akan surut dengan segera. Anda perlu banyak minum air, dapatkan rehat secukupnya dan melegakan simptom di rumah dengan menggunakan ubat-ubatan seperti Paracetamol atau Ibuprofen. Anda harus berjumpa dengan doktor jika gejala anda tidak bertambah baik dalam masa beberapa minggu.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih