nurhidayyah1810
4 tahun
Biji warna merah di bahagian pipi dalam mulut
saya remaja wanita , saya perasan ada biji berwarna merah dalam mulut di bahagian pipi
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst/Kista Mukus
- Luka kerana tergigit atas permukaan pipi dalam
- Abses (Nanah akibat jangkitan)
- Ulser
- Jangkitan Herpes Simplex Virus
- Tumbuhan kanser
Maklumat yang anda berikan tidak cukup bagi pihak kami untuk memahami situasi anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.