
Sulit
4 tahun
Biji2 di rahang… kalau sentuh bergerak 2 dan kalau ditekan rasa sakit sikit
Saya wanita berusia 27tahun … Saya,nak tanya doktor … Bawah rahang sebelah kiri saya …ada biji2 yang bergerak kalu di sentuh 2 …dan kalau di tekan terasa sakit … Apakah punca nya doktor? Saya rasa takut sangat …dalah saya ni mengalami anxiety … Smpai tak boleh tidur malam asik pikir benda tak baik pada diri ni …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan pada gusi
- Mucocele
- Nanah gigi
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas. Kami tidak dapat memberikan kata putus memandangan pemeriksaan lanjut oleh doktor gigi perlu dibuat supaya rawatan dapat diberikan kepada anda. Oleh itu, kami amat galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi supaya ia dapat melegakan keresahan dan kegelisahan anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.