
Anonymous
5 tahun
Bila demam sy selalu sakit belakang .dlu sy penah pg klinik sbb demam dan sakit belakang
dlu sy penah pg klinik sbb demam dan sakit belakang.doctor bg tahu sy kna jangkitan kuman dalam air kencing.tp dah dua tahun sakit belakang masih ada smpai sekarang bila demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- batu buah pinggang
- batu karang
- keradangan buah pinggang
- jangkitan kuman ataupun virus
- reactive arthritis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.