Sulit
4 tahun
Bila tarikh sebenar dijangkiti kovid
Ambil vaksin booster 23/10/2021 ke esokannya demam,sakit tekak,cirit,sakit badan,sakit kepala,swab test 25/10/2021,keputusan positif ct value 26,hilang deria rasa dan bau 28/10/2021,bila agaknya telah dijangkiti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda dijangkiti COVID-19 dan keliru bila telah dijangkiti. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kami tidak boleh memberitahu anda bila agaknya anda telah dijangkiti dengan COVID-19 kerana COVID-19 boleh menjangkiti seseorang dari sehari sehingga 14 hari kerana ‘incubation period’ virus tersebut.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































