
Sulit
5 tahun
Bilakah kitaran haid kembali normal selepas dnc
sy baru melakukan proses dnc,sy ingin tahu bila waktu period kembali normal ? dan selepas lebih kurang 20 hari selepas dnc jika melakukan persetubuhan dgn suami dan risau adakah boleh hamil semula?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, setelah keguguran akan keluar darah yang dikenali sebagai darah nifas. Pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.