
Anonymous
5 tahun
Bile kencing sakit pinggang kanan
saya umur 32 tahun. ank 3. kenapa ye… bile kencing sakit pinggang belah kanan. air kcing warna jernih sdkit kuning, tiada berbau, berbuih, tiada darahh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesakitan pada bahagian pinggang samada kanan atau kiri semasa membuang air kencing merupakan gejala-gejala kerengsaan (irritation) pada anatomi saluran urin. Antara punca-punca kepada berlakunya gejala ini adalah:
- Batu karang
- Jangkitan saluran kencing
- Ovulasi daripada ovum
Untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut akan punca sebenar gejala yang disebutkan, info tambahan seperti durasi, sejarah perubatan serta kehamilan perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.