
Sulit
3 tahun
Bintik bintik darah beku di lengan
Hi. Saya takpasti apakah hal ini berkaitan dengan vaksinasi covid19 atau tidak tetapi lengan saya terdapat tompokan bintik bintik seperti darah beku yang kelihatan selepas vaksinasi pertama kemudian beransur hilang dan sekarang muncul lagi. sec dose saya pada 21/8 jadi dah lama kot untuk side effect dia atau memang macam ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, perubahan yang berlaku pada kulit boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Reaksi alahan
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak
- Sakit sopak garam iaitu urticaria
- Radang salur darah (Vasculitis)
- Penyakit autoimun seperti SLE
Senarai di atas adalah hanya diagnosis umum. Rawatan atau diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal.
Bagi soalan serta rawatan lanjut, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini