
Sulit
3 tahun
Bintik-bintik merah di belakang badan
Hi doctor.Saya pernah berseks dengan rakan saya 2 tahun lalu.Tetapi kami tidak membuat seks dubur atau seks oral.Dua minggu lalu saya sudah membuat hiv test di rumah dan resultnya negative.Baru-baru ini saya mendapati belakang badan saya ada bintik-bintik kecil berwarna merah.Adakah saya mengalami penyakit hiv?(Result hiv test adalah negative)Saya risau walaupun resultnya negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemunculan bintik bintik merah di belakang badan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Jerawat
- Gangguan kulit
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.