
Sulit
3 tahun
Bintik bintik merah pada badan
Hi doc…Sya berumur 15 th…Sya telah mengambil vaksin pada 17/09/2021…pada 24/09/2021…Saya mengalami demam, pening kepala dan bintik-bintik merah pada seluruh anggota badan beserta gatal…kami telah menggunakan banyak ubat tradisi…satu pun tidak berkesan…Adakah penyakit saya ini serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, demam dan pening kepala adalah kesan sampingan umum selepas suntikan vaksin, akan sembuh kendiri dalam 1 minggu, tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Namun, bintik-bintik merah dan kegatalan adalah tanda alahan atau akibat jangkitan atau sebab penyakit kulit lain. Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala ini serta bincangkan rancangan rawatan yang sesuai.
Penggunaan sebarang rawatan sebelum mengetahui diagnosis adalah tidak digalakkan.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini