
Sulit
3 tahun
Bintik hitam di kemaluan lelaki
Hai saya ben(bukan nama sebenar) ada masalah bintik hitam di kemaluan…Bintik itu mula2 ada sedikit tetapi lepas itu makin bertambah di bahagian atas kemaluan…Benda ni berlaku sejak tahun lepas. Setakat ini kemaluan saya tiada apa2 masalah… Harap doktor tolong saya bagitau cara mengatasinya…terima kasih

3 tahun
Salam sejahter dan terima kasih kerana menghubung kami.
Berdasarkan keterangan di atas, anda ingin mengetahui tentang punca gejala bintik-bintik hitam pada kemaluan yang bermula sejak tahu lepas. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala perubahan warna gelap (hyperpigmentation) pada kulit kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuk:
- faktor genetik
- kesan trauma
- pengunaan ubat-ubatan
Namun begitu, gejala tersebut juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan rawatan dari doktor, seperti:
- pigmented condyloma
- seborrheic keratosis
- kanser kulit
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik disini untuk bercakap dengan Pakar Kulit