
Sulit
3 tahun
Bintik hitam diMata putih
Hai, saya berumur 27 tahun. Boleh saya tahu apa punca ada bintik hitam dimata putih ye?adakah berbahaya? sebelah kiri ada 3 bintik, belah kanan ada 1,mcm dihujung urat merah berdekatan dengan mata hitam.
Tq doktor.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemunculan bintik hitam di mata anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Bintik bitot
- Pterigium
- Pseudoterigium
- Pinguekula
Memandangkan gejala ini telah timbul secara tiba-tiba, dikhuatiri terdapat masalah lain yang lebih serius yang mendasari timbulnya gejala. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.