
Sulit
4 tahun
Bintik merah di tekak
Saya wanita berumur 22 tahun seminggu yang lepas saya ada masalah terasa tercekik di bahagia tekak. Saya telah membuat pemeriksaan di hospital swasta terdapat sedikit bengkak di tekak. Harini adalah hari ke 6. Tetapi terdapat bintik bintik merah di bahagian anak tekak. Saya telah menghabis antibiotik dah minum ais suam sepanjang tempoh sakit tetapi saya rasa sangat sakit dan susah untuk telan air liur. Boleh terangkan kepada saya punca dan tindakkan yang perlu diambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda mengalami sakit ketika menelan kerana tekak anda masih mempunyai inflammasi. Anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sekiranya sakit kerongkong tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.