
Sulit
4 tahun
Bintil di puting kiri
Hi saya Lelaki 22 tahun… Baru pagi tadi perasan tak selesa bila pakai baju bila tengok rupanya ada bintil kecil sebiji betul² di tengah² area lubang puting sebelah kiri…dada tak ada benjolan apa pun dan bintil tersebut bila di sentuh tak menyakitkan. Cuma ada bintil kecil sebiji tu naik di tengah² kenapa eh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sumbatan kalenjar di sekitar puting yang tidak akan menyebabkan masalah yang berlanjutan.
- Kista
- Gigitan serangga
- Bisul
Apa yang anda perlu buat ialah memantau progres benjolan ini. Jika ia bertambah dalam saiz, atau mulai sakit, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.