
Sulit
3 tahun
Bisa-bisa tapak kaki dan hidug tersumbat kejap kiri kejap kanan dan rasa lesu
saya selalu hidung tersumbat kadang kiri kadang kanan…xtentu masa…apanila ia terjadi jantung saya laju adakah itu panic sbb sy risau…sy juga baru2 ni sakit nyeri pada tapak kaki dan sekali² terasa ke pinggang dan kerap berasa lemah lesu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan masalah yang dialami oleh anda berdasarkan kenyataan yang diberi kerana ia tidak jelas. Selain itu terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami degupan jantung yang laju:
- Demam
- Masalah jantung
- Hipertiroid
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Psikologikal:
- Keresahan (anxiety)
- Kurang rehat atau tidur
Hidung tersumbat pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara berikut:
- Selsema
- Polip hidung
- Radang sinus (sinusitis)
- Bendasing (foreign body) di dalam hidung
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda mengenai gejala-gejala yang dinyatakan oleh anda…
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut perihal kesihatan jantung, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami PERCUMA secara peribadi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!